KUANTAN: Kerajaan Pahang melalui Tourism Pahang merancang menganjurkan ‘Pahang Hiking Week’ bagi mempromosikan lokasi aktiviti pendakian di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin, berkata berdasarkan perancangan, program itu akan diadakan serentak di seluruh negeri.
“Program itu dirancang kerana Pahang memiliki banyak bukit dan ia sebahagian daripada produk pelancongan yang hendak diperkenalkan.
“Mereka datang ke Pahang bermalam di inap desa dan hotel. Keesokannya melakukan aktiviti pendakian. Selain itu, kita turut mempromosikan pelancongan dengan mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Sharkar berkata, tarikh pelancaran `Pahang Hiking Week’ belum ditetapkan. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN