PAHANG akan memastikan Kejohanan Hoki TNB Piala Tun Abdul Razak ke-59 menjadi milik skuad itu apabila berdepan Perak pada aksi final di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Jurulatih Pahang, Mohd Sufian Mohamad, segalanya sudah dilakukan anak buahnya bagi merealisasikan misi ke pentas final.
“Oleh itu, saya harap semua pemain dapat beraksi dengan lebih mantap dan bertenaga untuk menafikan kemenangan Perak.
“Dengan semangat juang tinggi yang dipersembahkan ketika menewaskan Melaka 4-3 pada aksi separuh akhir diharap diulangi pada pentas final,” katanya.
Sementara itu, YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada skuad hoki Pahang kerana layak ke final kejohanan itu.
“Kita doakan Pahang menjadi juara,” katanya menerusi hantaran di Facebook. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN