Pahang Jadi Tumpuan Ulama Sedunia

KUANTAN 30 April 2024. (FIKRAH PAHANG) Negeri Pahang  melangkah gagah ke arena akademik Islam antarabangsa apabila menjadi tuan rumah Persidangan Antarabangsa Pendidikan Kontemporari Dunia Islam pada 5 hingga 7 Mei di Hotel Grand Darul Makmur Kuantan. 

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, persidangan yang julung kali di adakan itu akan menghimpunkan lebih 105 peserta dari seluruh dunia bagi membentangkan kertas kerja dan akan dirasmikan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang  Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

“Persidangan anjuran Kerajaan Negeri Pahang bersama Persatuan Universiti Islam Sedunia dengan kerjasama Yayasan Pahang, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnipSAS), Majlis Ugama Islam dan  Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) , Jabatan Agama Islam Pahang dan  Jabatan Mufti Negeri Pahang dan beberapa jabatan lain di negeri ini”.

 “Kehadiran ulama  dan ahli akademik Islam seluruh dunia satu  pengiktirafan sekali gus mengangkat  martabat negeri Pahang  di peringkat antarabangsa melalui pembangunan program akademik, tarbiah, dakwah dan pembangunan insan, semoga segalanya diberkati Allah dengan taufik dan inayahNYA, Amin”.  katanya di hantaran  laman sosial, Facebook miliknya. 

Katanya lagi,  Rektor Universiti Al Azhar ,Profesor Dr Sheikh Salamah Daud  dijangka menyampaikan  ucaptama di seminar berkenaan disamping mengadakan ceramah umum beliau di Masjid Sultan Ahmad 1 Negeri Pahang. 

Oleh: Kabhi Ismail