Pahang kian rancak bina rumah untuk rakyat 

Pahang kian rancak bina rumah untuk rakyat 

KUANTAN: Kerajaan menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) yang bakal merancakkan industri perumahan dan membantu pemilikan kediaman untuk rakyat Pahang Darul Makmur.

YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata penubuhan LPHP itu akan meningkatkan lagi keupayaan negeri ini untuk menyediakan keperluan kediaman kepada seluruh rakyat.

“LPHP turut bertindak sebagai penasihat dan penguat kuasa kepada perkara berkaitan dengan perumahan di Pahang,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Di samping melaksanakan projek perumahan sedia ada, beliau berkata, LPHP akan memberi fokus kepada Projek Skim Tanah Warisan (STW), Projek Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA), Projek Rumah Rakyat Pahang (RRP) dan Projek Rumah Rakyat Awam Pahang (RRAP) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Pahang. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN