Pahang kutip 21 pingat emas Sukma 2022 

Pahang kutip 21 pingat emas Sukma 2022 

KONTINJEN Pahang menduduki kedudukan kesembilan apabila meraih 21 pingat emas, 19 perak dan 27 gangsa pada Sukan Malaysia (Sukma) XX MSN 2022 setakat semalam.

Temasya Sukma yang akan melabuhkan tirainya, hari ini, menyaksikan Pahang menyenaraikan 450 atlet dengan menyertai 29 daripada 31 acara yang dipertandingkan.

Pada temasya sukan kali ini, Pahang meletakkan sasaran membawa pulang 33 pingat emas, 20 perak dan 46 gangsa.

Antara pingat yang menjadi sandaran utama ialah olahraga, silat, memanah, gimrama dan hoki. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN