Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negeri ini melangkaui lebih 25,000 kes apabila sebanyak 676 kes baharu dicatatkan hari ini.
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) memaklumkan, kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 6194 kes.
“Terdapat 366 kes sembuh harian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 18,636 kes.
Sebanyak lapan kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 di negeri ini ssebanyak 282 kes,” kata JKNP hari ini.
Menurut JKNP lagi, semua 11 daerah di negeri ini dikategorikan zon merah.
Sementara itu, mengikut statistik Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), sebanyak 934,493 atau 79.5 peratus daripada penduduk Pahang sudah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin.
Sebanyak 488,855 atau 29.1 peratus daripada penduduk pula dilaporkan sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.