Pahang Mammoth sasar Liga Premier STL

Pahang Mammoth sasar Liga Premier STL

PAHANG Mammoth bertekad kembali ke Liga Premier dalam saingan Liga Sepaktakraw (STL), bermula jumaat ini.

Penolong Pengurusnya, Mohd Hirman Omar, optimis sasaran itu mampu dicapai selepas dapat membuat persiapan terbaik walaupun agak terbatas kerana pandamik Covid-19 dan banjir ketika ini.

Menurutnya, antara persiapan yang dilakukan adalah menyertai Kejohanan 5 Penjuru Piala Dato’ Halim Sulaiman, membabitkan lima skuad STL 2022.

“Selain itu Pahang Mammoth turut menyertai beberapa kejohanan luar sebagai persediaan bersaing dalam Liga Premier,” katanya.

Menurutnya, tonggak sandaran ialah Wan Muhammad Anas Muhaimi Wan Mohd Asri, Mohd Zikrullah  Hanad, Nor Mohamad Arif Najiruddin dan Irwan Shah Rizal  Amir Hamzah sebagai ketua pasukan. 

Menurutnya, semua pemain dibimbing jurulatih berpengalaman iaitu Iskandar Arshad.