Pahang Peruntuk RM2.514 Juta Bantuan Awal Sekolah Murid Tahun Satu

Kerajaan Pahang akan menyumbangkan secara “one off” RM100 kepada setiap murid Tahun Satu di negeri ini yang telah memulakan memulakan sesi persekolahan penggal pertama Mac lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, seramai 25,146 murid Tahun Satu akan menerima manfaat bantuan awal persekolahan itu melibatkan peruntukan RM2.514 juta.

Beliau berkata bantuan tersebut akan mula di agihkan secara berperingkat bermula hari ini sehingga 7 April 2023 di 540 buah sekolah rendah seluruh Pahang.

Beliau sebelum itu hadir menyempurnakan majlis Pelancaran Bantuan Prihatin Pahang Kluster Tahun Satu 2023 di Sekolah Kebangsaan Mat Kilau Kuantan, tengahari tadi.

” Saya berharap menerusi pemberian bantuan ini adalah untuk membantu murid Tahun satu bagi membeli barangan keperluan persekolahan”. jelasnya

Turut hadir Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Pahang, Dato Sri Ir Mohd Soffi Abd Razak dan Pengarah Pendidikan Pahang, Mohammad Rosli Abdul Rahman

oleh: KABHI ISMAIL