Pahang Rangers ikat Espindola

Pahang Rangers ikat Espindola

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.

KUANTAN: Penjaga gol kelahiran Brazil, Victor Nesello Espindola menjadi pemain terbaharu pasukan Pahang Rangers FC musim ini.

  Pemain berumur 26 tahun itu menjadi pilihan Pahang Rangers bagi membantu mengukuhkan gawang pasukan berkenaan.

Penjaga gol baharu Pahang Rangers FC,  Victor Nesello Espindola.

  Menerusi hantaran Facebook Pahang Rangers, kelab itu menandatangani kontrak pemain yang mempunyai ketinggian 1.91 sentimeter itu bagi menghadapi saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL).

  “Kami berbesar hati mengumumkan telah menandatangani khidmat penjaga gol tinggi lampai (Espindola) untuk saingan MPFL 2021.

  “Ayuh rodong, sama-sama kita alu-alukan kehadiran Victor dan lontarkan kata-kata semangat buatnya,” katanya dalam kenyataan di Facebook Pahang Rangers FC.

  Pemain Brazil itu sebelum ini bermain dengan kelab O Parullo FS iaitu liga futsal utama di Sepanyol.

  Menariknya, Espindola membuat penampilan profesional sulung pada 2018 ketika usia 23 tahun dan pantas membina nama sebagai pemain bintang di liga futsal Sepanyol.