PAHANG Rangers FC layak ke separuh akhir Piala Futsal Malaysia selepas menewaskan Terengganu dengan agregat 5-3, hari ini.
Pada suku akhir kedua di Kompleks Sukan Negara hari ini, skuad bimbingan Gerard Casas mencatat kemenangan 2-1, selepas menang 3-2 pada suku akhir pertama di Kuantan, pada 18 Jun lalu.
Dua gol, masing-masing satu daripada Abu Haniffa dan Ridzwan Bakri pada minit kesembilan dan m-24 mengesahkan kemenangan ke atas Terengganu.
Terengganu cuba bangkit dan berjaya merapatkan jurang gol selepas membolosi gawang pada m-36 tetapi Pahang Rangers berjaya menyekat lawan menambah jaringan.
Kemenangan 5-3 menerusi agregat itu mengesahkan Pahang Rangers layak ke separuh akhir Piala Futsal Malaysia.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN