KUANTAN: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) merekodkan 10,012 kelahiran di Pahang, sepanjang enam bulan pertama 2022.
Pengarah LPPKN Pahang, Nor Hafizah Md Nor berkata, kelahiran tertinggi dicatat pada Februari membabitkan 1,826 kelahiran diikuti Mac (1,727), Jun (1,693), Mei (1,643), Januari (1,598) dan April (1,525).
Menurutnya, Kuantan mencatat 3,694 kelahiran diikuti Temerloh 1,012, Rompin (876), Pekan (850), Lipis (636), Jerantut (630), Maran (621), Bentong (587), Bera (425), Raub (425) dan Cameron Highlands (256).
“Jumlah kelahiran di Pahang masih lagi rendah berbanding beberapa negeri lain,” katanya pada Majlis Penanaman Pokok Program Pahang Pride Kid 2022 (Anak Kebanggaan Pahang) Parlimen Maran di Laman Qalbu, di sini, kelmarin.
Program itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin. – MOHD IMRAN IZZAD