Pahang sasar separuh akhir

Pahang sasar separuh akhir

PASUKAN petanque Pahang meletakkan sasaran layak ke separuh akhir Kejohanan Petanque Terbuka Berpasukan Port Dickson 2021, Negeri Sembilan, 26-28 November ini.

Jurulatihnya, Nurtahirah Tasnim, berkata 20 atlet akan mengibarkan cabaran Pahang di kejohanan berkenaan.

“Sasaran awal ialah untuk memastikan Pahang layak ke peringkat separuh akhir sebelum meletakkan sasaran ke atas pingat. Dengan latihan intensif sejak awal Oktober lalu, saya mengharapkan semua atlet dapat memberikan cabaran.

“Pada masa sama, mereka bakal bersaing dengan pasukan yang memiliki atlet berpengalaman,” katanya. 

Justeru, beliau mengharapkan atlet akan memberikan persembahan terbaik dan mencapai sasaran yang ditetapkan sekali gus melakar kejayaan buat negeri Pahang. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN