Pahang tarik diri kerana Covid19

Pahang tarik diri kerana Covid19

KELAB Bolasepak Sri Pahang (SPFC) memohon maaf kerana terpaksa menarik diri berdepan Kuala Lumpur City FC (KL City) pada perlawanan merebut Piala Menteri Wilayah Persekutuan, malam esok.

Ketua Pegawai Eksekutif SPFC, Dato’ Mohammed Suffian Awang berkata, pemain pegawai pasukan didapati positif Covid19

Bagi menjamin keselamatan dan menyekat penularan, katanya, kelab itu mengambil keputusan untuk menarik diri untuk keselamatan semua pihak.

“Ketika ini, semua pemain dan pegawai pasukan menjalani kuarantin tujuh hari seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Oleh itu, kami memohon maaf kepada pengurusan KL City kerana tidak dapat beraksi pada perlawanan yang sepatutnya berlangsung malam esok,” katanya.

Kedua-dua pasukan dijangka beraksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, pada 9.30 malam esok. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN