PEKAN: Pengguna Jalan Pekan-Nenasi, dekat Batu 16, kini berpeluang berehat melepaskan penat di kawasan hentian Pantai Saujana Biru.
Selain menyediakan kawasan meletak kenderaan yang luas dan tersusun turut disediakan pondok rehat untuk aktiviti bersama keluarga.
Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan (MDP), Dato’ Zainal Abidin Mohamad berkata, kawasan Pantai Saujana Biru yang mula dimajukan pada 2021 dan kini menjadi antara produk pelancong di daerah ini.
“Kita akan terus berusaha memajukan kawasan Pantai Saujana Biru yang kini mula mendapat tempat di kalangan masyarakat daerah ini termasuk pelancong luar Pahang.
“Daerah ini yang menjadi pintu masuk pelancong dari Singapura dan Johor kini semakin dikenali terutama dengan kemunculan banyak produk pelancongan,” katanya.
Beliau berkata, di daerah ini terdapat beberapa pantai yang menjadi tarikan pelancong, antara Pantai Air Leleh dan Pantai Tanjung Selangor. – MOHD IMRAN IZZAD