Pasar Ramadan masih meriah di hujung Ramadan

Pasar Ramadan masih meriah di hujung Ramadan

KUANTAN: Walaupun banyak gerai jualan di pasar Ramadan di daerah melabuhkan tirai, masih ramai pengunjung mencari juadah berbuka pada setiap petang.

Pengunjung Pasar Ramadan Taman Kerang, Mohammad Izad Haiqal Mohd, 21, berkata, walaupun banyak gerai menjual kuih ditutup, ia tidak menghalang dia berkunjung ke pasar Ramadan.

Menurutnya, masih terdapat gerai yang menjual pelbagai jenis kuih dan lauk untuk juadah berbuka puasa walaupun tidak banyak pilihan.

“Kemeriahan berkunjung ke pasar Ramadan masih tetap terasa dengan kehadiran orang ramai pelbagai kaum.

“Saya dapati selain mendapatkan juadah berbuka puasa, ada juga yang membeli beranika kuih raya yang disediakan dalam pelbagai jenis bekas, saiz dan bentuk,” katanya.

Tinjauan mendapati ada juga gerai yang menjual hamper kuih raya pelbagai saiz dan bentuk untuk dijadikan hadiah. – MOHD IZZAT