PASUKAN Kampung Permatang Tepung muncul johan Piala Futsal Ketua Pemuda UMNO Pekan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bebar, Pekan yang berlangsung di Arena Mahkota Majlis Daerah Pekan, semalam.
Kejayaan itu diraih selepas menewaskan pasukan Pulau Rumput 3-2 pada penentuan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 0-0 sebaik tamat perlawanan.
Tempat ketiga pula diraih Polo FC yang menewaskan Waris FC 2-1.
Sebanyak 16 pasukan bertanding pada kejohanan kali ini dengan johan membawa pulang wang tunai RM1,000, naib johan (RM500), ketiga (RM250) dan keempat (RM100).
Hadiah disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Dato’ Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.
Hadir sama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Dato’ Mohamad Nizar Najib. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN