PAU 2022 tangguh ke 11-14 Januari 2023

PAU 2022 tangguh ke 11-14 Januari 2023

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa tarikh Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang dijadualkan pada 21 hingga 24 Disember ini, ditangguhkan ke 11-14 Januari 2023.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, Ahmad berkata penangguhan itu dilakukan kerana tarikh asal PAU 2022 dalam tempoh cuti sekolah.

“Oleh kerana 21 hingga 24 Disember cuti sekolah dan ramai perwakilan yang ingin bercuti hujung tahun ke merata tempat dan dengan itu Perhimpunan Agung UMNO adalah ditangguh. Notis PAU 2022 akan dihantar secara rasmi tidak lama lagi,” katanya.

Terdahulu, Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 24 November memutuskan bahawa PAU 2022 diadakan pada 21-24 Disember. – UMNO Online