PAU berlangsung 21-24 Disember

PAU berlangsung 21-24 Disember

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 akan didakan pada 21 hingga 24 Disember ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn di sini, malam tadi. 

“Mesyuarat juga menetapkan, MKT sebulat suara memperkukuhkan sokongan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk terus kekal menerajui sebagai Pengerusi BN (Barisan Nasional) dan menyokong beliau sebagai Presiden parti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, malam tadi.

Perkembangan itu susulan undi tidak percaya terhadap Ahmad Zahid sebagai pengerusi BN oleh presiden parti komponen BN dari MCA, MIC, dan timbalan presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) selain desakan beberapa pemimpin UMNO sendiri.