
KUANTAN 9 November 2023. (FIKRAH PAHANG) – Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Pahang mengatur gerak langkah persiapan bagi menghadapi musim tengkujuh.
Timbalan Pengerusi PBSM Pahang, Dato Wan Raihan Dato’ Hj. Abdul Rahman berkata, “PBSM Pahang telah menyusun dan mempersiapkan anggota-anggota untuk bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan dalam operasi membantu mangsa banjir seperti menyediakan bantuan awal bagi menghadapi musim tengkujuh”.
Menurutnya lagi, PSMM Pahang telah mempersiapkan kerangka plan logistik dalam melaksanakan operasi apabila berlaku bencana sebagai pasukan bantuan.
Beliau ditemui selepas majlis penyerahan khemah bencana (Cubicles) sebanyak 300 unit Kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang. Penyerahan khemah berkenan diserahkan oleh Pengerusi PBSM Pahang, Dato’ Zainal Azman Hj. Bidin kepada Timbalan Pengarah APM Pahang. Mej (PA) Mohd Zairosnizam Mohd Tarmizi di Ibupejabat APM Pahang.
oleh : KABHI ISMAIL