PDRM  jamin keselamatan, ketenteraman awam terkawal

PDRM jamin keselamatan, ketenteraman awam terkawal

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa keselamatan dan ketenteraman awam negara terkawal.

Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata orang ramai diminta tidak gusar dan jangan membuat sebarang spekulasi.

Katanya, ini kerana PDRM akan memastikan keselamatan negara kekal berada pada tahap selamat dan akan meningkatkan pemantauan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

“PDRM juga sentiasa memantau senario keselamatan semasa dan akan mengambil tindakan tegas jika terdapat mana-mana pihak menggunakan apa jua medium yang boleh menimbulkan hasutan dan menggugat ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Acryl Sani meminta orang ramai sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan harian sebagai usaha bersama membendung penularan wabak COVID-19.