PEDi latih 48 usahawan Bera

PEDi latih 48 usahawan Bera

BERA: Empat puluh lapan usahawan Bera dilatih di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk aktiviti ekonomi digital luar bandar dalam usaha meningkatkan kemahiran digital dan keusahawanan. 

Usahawan di Bera menggunakan PEDi sebagai pusat sehenti untuk menghadiri kelas keusahawanan seperti asas fotografi dan cara pemasaran di Shopee dan Yezza. 

YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, 47 peratus daripadanya adalah usahawan makanan dan minuman, fesyen dan gaya hidup (42%) manakala bakinya terbabit dalam perkhidmatan, agro dan elektronik. 

“Fokus utama PEDi ialah melahirkan dan memperkasakan usahawan kecil ke arah  pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing kerana sektor perusahaan Mikro Kecil dan  

Sederhana (PMKS) tonggak ekonomi negara. 

“Pada akhir 2020, bilangan PMKS merangkumi hampir 1.2 juta atau 97.2 peratus daripada jumlah keseluruhan perusahaan,” katanya ketika merasmikan PEDi Kampung Durian Tawar di Dewan Kampung Durian Tawar, di sini, hari ini. 

Hadir sama YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy  Wan Ismail dan Menteri  

Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Ismail Sabri berharap usahawan dapat meningkatkan produktiviti yang akan menghasilkan keuntungan sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan buat rakyat Malaysia. – MUHAMMAD NAJMIE