BENTONG: Lima puluh peserta, termasuk 20 Orang Asli menyertai kursus pemprosesan ikan pekasam di Kampung Sungai Dua Olak, di sini.
Program julung kali diadakan untuk komuniti Orang Asli itu dianjurkan Jabatan Perikanan Pahang sebagai usaha menambah pendapatan keluarga.
Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar berkata, sumber ikan sungai yang banyak terdapat di kawasan penempatan menjadi kelebihan kepada peserta untuk menghasilkan ikan pekasam.
“Sempena program sehari itu kita turut menyediakan 20 Bakul Bantuan Makanan (BBM) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin buat golongan sasar Orang Asli di Kampung Sungai Dua Olak.
“Kita turut melepaskan kira-kira 30,000 benih ikan seperti lampam sungai, sebarau dan kelah. Semua dilepaskan di kawasan jeram Air Terjun Lata Bunta yang terletak dalam Kampung Sungai Dua Olak,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD