Pekebun di Kampung Ubai yakin pada BN 

Pekebun di Kampung Ubai yakin pada BN 

KUANTAN: Harapan mengunung ditagih kira-kira 20 pekebun sayur dan tembikai di Kampung Ubai, di sini, supaya Barisan Nasional (BN) dapat membela nasib mereka.

Pekebun tembikai, Husaini Abdullah, 45, berkata dia yakin calon BN kerusi Parlimen Kuantan, Dato’ Sri Ab Hamid Mohd Nazahar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Inderapura, Dato’ Sri Shafik Fauzan Sharif, dapat membela nasib pekebun.

“Dua calon itu bukan orang asing di Kampung Ubai. Mereka sering datang bertemu dengan pekebun dan penduduk kampung. Saya doakan mereka berjaya memenangi kerusi masing-masing,” katanya.

Bagi Mohd Khusairy Abdullah, 32, yang mengusahakan tanaman kacang panjang dan timun juga berharap BN dapat memenangi kerusi Parlimen dan DUN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Jika BN memenangi PRU15, saya berharap wakil rakyat yang dipilih tidak mengabaikan tanggungjawab membela nasib rakyat,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD