Pekebun durian awasi penyakit kanker

Pekebun durian awasi penyakit kanker

KUANTAN: Jabatan Pertanian Negeri Pahang mengingatkan pekebun durian di negeri ini supaya memastikan pokok mereka tidak dijangkiti penyakit kanker atau nama saintifiknya Pyhtophthora palmivora.

Serangan penyakit berkenaan pada bahagian batang boleh menyebabkan pokok kurang mengeluarkan hasil dan sekiranya serius, boleh menyebabkan kematian pokok.

Pengarahnya, Muhd Rizal Baharom, berkata penyakit kanker berpunca daripada kulat, kulit pokok durian akan merkah dan pecah serta mengeluarkan cecair berwarna kemerahan.

Menurutnya, kawalan di peringkat awal lebih mudah dan tidak perlu mengeluarkan kos besar, sebaliknya pekebun boleh menggunakan sejenis ubat cecair pembasmi kulat ‘Amino Alexin’ untuk tujuan pengawalan.

“Kulat berkenaan aktif pada cuaca lembah basah terutama pada musim hujan. Justeru, pekebun perlu memastikan kebun mereka mempunyai sistem saliran yang baik.

“Pekebun tanaman durian di bawah bimbingan jabatan telah dilatih supaya sentiasa mengawasi penyakit utama pokok durian itu,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu kegagalan pekebun mengawal penyakit kanker menyebabkan banyak pokok raja buah itu mati seterusnya mengundang kerugian.

Tambahnya, selain durian penyakit berkenaan sering menyerang pokok nangka dan cempedak. – MOHD IMRAN IZZAD