MARAN: Kira-kira tiga ribu peluang pekerjaan akan wujud di Maran apabila syarikat dari Taiwan berhasrat untuk melabur dalam projek Maran Integrated Bioeconomy,
di daerah ini.
Ketua UMNO Bahagian Maran, Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin, berkata khabar gembira itu direalisasikan pada apabila temerterainya satu Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Biosea Corporation Sdn Bhd, yang berpengkalan di Taiwan dengan Ika Jaya Sdn Bhd, di sini, semalam.
“Nilai pelaburan adalah kira-kira RM700 juta,” kata pada majlis tandatangan MoU yang turut disaksikan sendiri oleh YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.
Shahaniza yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Maran, berkata pembinaan kilang itu pastinya seiring dengan hasrat beliau untuk menjadikan Maran sebagai kawasan GeoPark selepas Lipis.