Pelajar Orang Asli Pahang senantiasa diberi perhatian.

Pelajar Orang Asli Pahang senantiasa diberi perhatian.

Kuantan 9 Jun 2023 (Fikrah Pahang)- Seramai 40 pelajar masyarakat Orang Asli Pahang mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan semalam.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, seorang mendapat 10 A, 9A (dua pelajar), 8A (tiga pelajar), 7 A (tujuh pelajar), 6 A (11 pelajar), 5 A (16 pelajar).

“Dengan keputusan tersebut, pelajar masyarakat Orang Asli dari Pahang menjadi pelajar terbaik Orang Asli seluruh negara.” katanya dalam satu kenyataan dalam facebook rasminya hari ini.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri Pahang sememangnya mengambil berat soal pendidikan mereka menerusi kerjasama Pahang Orang Asli Corporation (Oraco), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA), Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) dan Yayasan Pahang dibantu Ahli Dewan Negara, Senator Dato’ Azis Sitin dan Ketua Unit Hal Ehwal Orang Asli, Pejabat Menteri Besar Pahang Dato’ Muhammad Olian Abdullah.

Oleh: Kabhi Ismail