SRI Pahang FC (SPFC) belum memuktamadkan nasib lima pemain import mereka sama ada kekal beraksi bersama skuad itu bagi mengharungi Liga Malaysia musim depan.
Ketua Pegawai Eksekutif SPFC, Dato’ Mohammed Suffian Awang, berkata pengurusan kelab belum membuat sebarang keputusan.
Namun, katanya, pihaknya akan mengumumkan kedudukan lima pemain import itu dalam tempoh terdekat.
“Sebaik segalanya dimuktamadkan, kita akan mengumumkannya sama ada mereka kekal bersama Sri pahang atau tidak bagi saingan musim depan,” katanya.
Musim ini, skuad Tok Gajah mempertaruhkan lima pemain import iaitu Herold Goulon dari Perancis, Kenny Athiu (Australia), Manuel Hildago (Argentina), Aung Kaung Mann (Myanmar) dan Abubakar Yakubu (Ghana).
Namun, Sri Pahang gagal menyerlah apabila menduduki tempat ke-10 dalam Liga Super manakala sekadar beraksi di peringkat kumpulan dalam saingan Piala Malaysia. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN