Pemain Sri Pahang kena cergas

Pemain Sri Pahang kena cergas

TIADA istilah rehat buat Sri Pahang selepas skuad itu tidak terbabit dalam perlawanan Liga Super sepanjang tiga minggu ini.

Ketua jurulatihnya, Datuk Dollah Salleh, berkata semua pemain kekal menjalani latihan intensif dalam usaha memperkasakan skuad itu.

“Fokus utama pasukan ialah tahap kecergasan untuk memastikan pemain sentiasa berada pada prestasi terbaik.

“Apabila kembali beraksi menentang Kuala Lumpur City FC pada 9 September ini, pemain sudah bersedia memberikan yang terbaik.

“Sepanjang tempoh tiga minggu ini, saya menekankan kepada latihan terutama aspek kecergasan,” kata bekas pemain kebangsaan itu.

Selepas 17 perlawanan, Sri Pahang berada di kedudukan kelima dengan mengutip 21 mata. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN