KETUA jurulatih Sri Pahang FC (Sri Pahang), Dollah Salleh menuntut pemainnya meningkatkan tahap kecergasan masing-masing untuk berdepan Selangor FC di Stadium Darul Makmur, malam esok.
Bekas pemain kebangsaan itu berkata, sepanjang tempoh latihan tiga hari itu, latihan lebih menumpukan kepada kecergasan yang diharap membantu anak buahbya mempamerkan persembahan lebih menyakinkan.
Pada masa sama, katanya, pemain perlu memberi sepenuh tumpuan sepanjang 90 minit perlawanan.
“Saya tidak mahu aksi sama seperti yang dipersembahkan ketika tewas 2-5 kepada Penang FC pada suku akhir Piala FA Sabtu lalu.
“Pemain harus bangkit untuk kembali mencatat kemenangan dan kembali memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super,” katanya.
Selepas mengharungi 11 perlawanan, Sri Pahang berada di kedudukan kedua tercorot liga dengan hanya mengutip lapan mata. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN