Pemangku Raja Pahang santuni guru, murid SJKC Sungai Lembing

Pemangku Raja Pahang santuni guru, murid SJKC Sungai Lembing

KUANTAN: KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ASultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat menyantuni guru dan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lembing di Sungai Lembing, di sini, semalam.

Menerusi Facebook rasmi Istana Pahang, keberangkatan baginda semata-mata untuk melihat sendiri perkembangan sistem pendidikan di sekolah rendah terutama diSJKC Lembing yang ditubuhkan sejak 1913.

Melalui program Ziarah Kasih itu, baginda turut mencuba satu tradisi dan kebudayaan Cina iaitu meniup lukisan berbunga dengan penyedut minuman dan dakwat pada kertas merah di samping melengkapkan lukisan kaligrafi.

Kemesraan dan keramahan baginda amat mengujakan warga sekolah dengan masing-masing menzahirkan rasa bangga memiliki seorang Raja yang dekat dihati rakyat.

Sementara itu, baginda turut menyampaikan kurniaan iaitu ‘angpau’ kepada semua murid sempena sambutan Tahun Baharu Cina. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN