JERANTUT: KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Hasanal Ibrahim Alam Shah, hari ini berkenan melawat 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar daerah ini.
Dalam lawatan itu, baginda sempat menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir.
Antara PPS yag dilawati ialah PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut, SK Inderapura, SK Pedah, Sekolah Menengah (SM) Padang Saujana dan Jengka 8.
Turut mengiringi, Ahli Parlimen Jerantut, Dato’ Ahmad Nazlan Idris; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tawar, Dato’ Nazri Ngah dan Pegawai Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris.
Setakat jam 5 petang hari ini, seramai 1,722 mangsa banjir daripada 453 keluarga ditempatkan di 26 PPS. – MUHAMMAD NAJMIE