KUANTAN: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) perlu mengkaji kaedah bersesuaian untuk membantu pengusaha kedai motosikal mengutamakan kebersihan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Pahang, Dato’ Sri Ab Hamid Mohd Nazahar, antara kaedah itu adalah mengenakan syarat tertentu untuk memastikan premis motosikal bebas daripada kotoran.
“Kita tidak mahu melihat servis kedai motosikal yang membiarkan minyak hitam di atas lantai premis hingga memberi tanggapan negatif.
“Kebersihan dan perkhidmatan kepada pelanggan harus menjadi keutamaan, lebih-lebih lagi Kuantan kini berstatus bandar raya,” katanya.
Ab Hamid ditemui selepas merasmikan Hari Yamaha di sebuah premis jualan motosikal di Jalan Beserah, di sini hari ini. Hadir sama, Pengarah Henn Motors Brothers Sdn Bhd, Dato’ Foo Chek Pang.
Ab Hamid berkata, beliau gembira pusat servis di premis berkenaan sudah membuktikan boleh melakukan perubahan untuk memastikan premis itu mengutamakan kebersihan. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN