
KUANTAN (7 SEPTEMBER 2023) Pergerakan Pemuda UMNO Indera Mahkota hari ini menyokong penuh apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan YAB. Menteri Besar Pahang dalam melaksanakan program mensejahterakan rakyat yang lebih menjuruskan kepada bantuan terus kepada rakyat.
Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota, Nik Mohd Ridzuan Kamarudin berkata ,”Pencapaian Kerajaan Negeri kini telah mencapai RM836.4 juta dan ini membolehkan kerajaan melaksanakan inisiatif-inisiatif bantuan yang lebih tersasar kepada rakyat , khususnya kepada golongan muda. Jika melihat peruntukan pada belanjawan 2022 program anak muda diperuntukkan sebanyak RM4 juta”.
Antara lain beliau mengharapkan Kerajaan Negeri terus menberikan keutamaan kepada golongan mahasiswa anak Pahang dalam program kad siswa, dimana ianya memberikan impak yang baik kepada golongan pelajar.
Ujar beliau lagi, Pergerakan Pemuda UMNO Indera Mahkota akan menganjurkan Liga Penalti tertutup bertempat di Padang MPK 1 pada 21 Oktober 2023 yang dikhaskan kepada anak-anak muda dengan syarat mereka ini mestilah mendaftar sebagai ahli UMNO. Hadiah yang ditawarkan adalah sebanyak RM500. Sehingga hari ini penyertaan amatlah menggalakkan.
Beliau ditemui ketika pertemuan ramah mesra bersama media di sebuah hotel terkemuka di Bandar Kuantan hari ini.
oleh : KhabiIsmail@FikrahPahang