Pendekatan  ‘3A’  untuk tambat pengundi

Pendekatan  ‘3A’  untuk tambat pengundi

LIPIS: Pemuda Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan ‘3A’ dalam usaha untuk memastikan kemenangan di setiap kawasan yang ditandingi oleh calon BN. 

Ahli Parlimen Lipis, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad berkata pendekatan ‘3A’ ini lebih menjurus kepada strategi yang perlu digunakan memandangkan Pemuda BN adalah jentera barisan hadapan parti. 

“Pendekatan 3A ini adalah aspirasi (keinginan yang kuat), aktif  dan agresif di dalam platform media sosial untuk menangkis segala hujah pembangkang dan isu yang dimainkan. 

“Selain itu, 3A ini juga perlu digunakan dalam mendekati pengundi terutama golongan muda dalam menganjurkan pelbagai program serta bantuan sokongan untuk golongan yang memerlukan,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lipis di Wisma UMNO Lipis, semalam.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, berkata: “Saya yakin dengan strategi ini kita mampu untuk menggempur lawan.” – MUHAMMAD NAJMIE