KUANTAN: Kira-kira 50 penduduk Taman Setongkol di Bukit Setongkol bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar taman dalam usaha membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes.
Menurut pengerusi KRT Taman Setongkol, Sudin Hashim, itu dilakukan berikutan terdapat laporan mengenai demam denggi membabitkan penduduk kawasan sekitar.
Sementara itu, Penolong Pegawai Kesihatan Kuantan, Mohammad Helmi Jamean, berkata apabila terdapat kes, pihaknya akan mengambil tindakan segera dengan membuat penyemburan asap sebagai langkah awal .
“Kemudian kami turut mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes,” katanya. – HUSIN IBRAHIM