Penduduk Felda Chini diminta patuhi SOP sepanjang PKPD

Penduduk Felda Chini diminta patuhi SOP sepanjang PKPD

fikrahpahang@gmail.com

PEKAN: Penduduk Felda Chini 3, di sini, diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) wabak Covid-19 berikutan kawasan mereka dikenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Mohd Sharim Md Zain, berkata segala arahan yang diberikan diharap diikuti sepanjang 14 hari PKPD yang bermula esok.

Katanya, tujuan pelaksanaan PKPD itu adalah untuk mengekang penularan jangkitan wabak Covid-19 daripada terus merebak.

“Langkah ini akan membolehkan pengurangan kes sepanjang tempoh 14 hari,” katanya menerusi hantaran di Facebook. 

Sehubungan itu, beliau menyeru agar penduduk dapat mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

“Saya doakan kepada penduduk yang positif dan yang sedang dikuarantin agar dipermudahkan urusan mereka oleh Allah SWT,” katanya.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN