Penduduk Kemaman paling ramai terjejas

Penduduk Kemaman paling ramai terjejas

KUANTAN: Kemaman merekodkan daerah paling ramai terjejas banjir iaitu 7,364 daripada jumlah keseluruhan 36,231 mangsa di Terengganu setakat kira-kira 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu melaporkan semua mangsa di Kemaman itu membabitkan 1,971 keluarga yang berada di 24 pusat pemindahan sementara (PPS).

Namun, jumlah keseluruhan mangsa banjir di Terengganu turun sedikit kepada 36,231   berbanding 36,298, semalam. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN