Penduduk Kuantan diminta bertenang susulan pelaksanaan PKPD

Penduduk Kuantan diminta bertenang susulan pelaksanaan PKPD

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.m

KUANTAN: Semua penduduk di daerah ini, khususnya di kawasan Parlimen Paya Besar diminta bersabar dan bertenang susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bermula esok hingga 7 Jun ini.

  Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah menasihati penduduk jangan sesekali mengambil keputusan yang silap dengan keluar dari kawasan penempatan masing-masing dengan berpindah ke kawasan lain dalam tempoh PKPD itu.

  Katanya, tindakan demikian dibimbangi akan menyebabkan penyebaran jangkitan virus lebih luas dan akan menyulitkan lagi usaha pihak berkuasa untuk bertindak memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

  “Oleh itu, semua pihak wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPD yang ditetapkan.

  “Kita mahu keadaan pulih seberapa segera demi kesejahteraan semua,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya.

  Mohd Shahar yang juga Timbalan Menteri Kewangan II berkata, jika penduduk Kuantan, khususnya warga Parlimen Paya Besar yang mempunyai sebarang masalah, aduan, cadangan dan perkara berbangkit boleh menghubungi Pusat Khidmat Ahli Parlimen Paya Besar (WhatsApp YBS Admin di talian https://wa.me/601117641759.

  Katanya, maklumat berkenaan akan disampai dan diselaraskan dengan pihak berkuasa.

  “Oleh itu, saya harap penduduk Kuantan dapat memberikan kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa dan mendapatkan maklumat daripada sumber yang tepat

  “Perhatikan kesihatan keluarga kita dan berdoalah kepada Allah agar kita semua dilindungi,” katanya.