Penduduk Lepar Utara harap sabar yek

Penduduk Lepar Utara harap sabar yek

KUANTAN: Penduduk Lepar Utara terutama mereka yang menggunakan jalan utama Kota Gelanggi-Lepar Utara, di sini, dinasihati berhati-hati kerana kerja membaik pulih

jalan dan cerun masih dilaksanakan.

Ahli Parlimen Paya Besar, Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, berkata pelaksanaan kerja berjalan lancar dan mengikut jadual ditetapkan.

“Bagaimanapun, saya akan mengadakan mesyuarat susulan bersama semua agensi dan pihak terbabit dalam masa terdekat untuk melihat penambahbaikan gerak kerja supaya ia akan disiapkan seperti yang dirancang,” katanya. 

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan I meminta semua penduduk Lepar Utara bersabar dan berhati-hati apabila menggunakan jalan itu. 

“Saya sendiri akan memantau progres kerja dari semasa ke semasa demi memastikan ia siap dan memberikan keselesaan kepada seluruh warga Lepar Utara,” katanya.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN