Penduduk Sungai Lembing terima geran tanah

Penduduk Sungai Lembing terima geran tanah

Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Seramai 30 individu dari Sungai Lembing pasti ‘tersenyum’ apabila menerima surat hak milik tanah, hari ini.
Difahamkan, mereka layak memiliki tanah seluas satu ekar (0.4 hektar) setiap seorang di Bukit Sagu, dekat sini.
Majlis Penyampaian Suratan Hakmilik Rancangan Tanah Kelompok (RTK) Bukit Sagu itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Dato’ Md Sohaimi Mohamed Shah di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan.
“Semua penerima terdiri daripada mereka yang tinggal di DUN Sungai Lembing, masih belum memiliki tanah dan sudah berkahwin.
“Secara keseluruhannya, tanah RTK Bukit Sagu kini sudah ada 500 penerima,” kata Md Sohaimi.