Peneroka haram Lembah Bertam akur arahan

Peneroka haram Lembah Bertam akur arahan

Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berterima kasih kepada sebahagian besar peneroka tanah haram di Lembah Bertam di sini kerana akur dengan arahan kerajaan supaya mengosongkan tanah yang diteroka.

Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my

CAMERON HIGHLANDS: Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berterima kasih kepada sebahagian besar peneroka tanah haram di Lembah Bertam di sini kerana akur dengan arahan kerajaan supaya mengosongkan tanah yang diteroka.
Malah katanya, ada di antara peneroka bertindak membuka sendiri khemah plastik yang dipasang tanpa bantahan.


“Ops Lembah Bertam yang dijalankan sejak semalam, dilaksanakan untuk membersihkan kawasan rezab jalan dan sungai yang diteroka secara haram.
“Terdapat 98 lot yang diteroka dan kita puji sebab ada antara mereka yang buka sendiri khemah plastik yang dipasang, berbeza dengan operasi di Sungai Ichat (di sini) tahun lalu yang mendapat bantahan hebat peneroka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Daerah Cameron Highlands di Kampung Menson di sini, hari ini.