Pengalaman berpantang di PPS sukar dilupakan

Pengalaman berpantang di PPS sukar dilupakan

PEKAN: Berpantang di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara, di sini, bakal menjadi kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Menurut Hawa Yahya, 27, selepas dua puluh hari bersalin anak ketiga di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, dia terpaksa berpantang di PPS berikutan rumahnya di Kampung Cenderawasih dinaiki air.

“Lima hari saya di PPS SK Sinar Mutiara. Ini pengalaman pertama selepas lima belas tahun tahun menetap di Kampung Cenderawasih,” katanya.

Bagi Nurqalbi Abd Rahman, 32, dia baru melahirkan anak kelima dan kemudian diarahkan berpindah berikutan banjir.

“Bayi perempuan saya berumur empat puluh dua hari ketika kami sekeluarga menaiki lori Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk ke PPS SK Sinar Mutiara,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD