Pengemis bertambah pada Ramadan kali ini 

Pengemis bertambah pada Ramadan kali ini 

KUANTAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang kini berusaha memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak berterusan memberi sumbangan kepada pengemis.

Pengarahnya, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, aktiviti meminta sedekah oleh pengemis tempatan dan asing mengundang imej yang tidak menarik terutama di kawasan tumpuan dibandar ini.

“Kita berharap masyarakat tidak memberi sumbangan kepada golongan terbabit. Kuta dapati jumlah pengemis yang meminta sedekah semakin bertambah sepanjang Ramadan.

“Antara tempat yang menjadi tumpuan mereka ialah di Pasar Ramadan, bank dan Masjid Negeri Sultan Haji Ahmad Shah 1,” katanya, di sini.

Beliau berkata, pihaknya kini mengadakan kempen pencegahan pengemis ‘Bijak Membantu Elak Tertipu’ dengan aktiviti edaran risalah berkaitan aktiviti kegiatan mengemis, kesalahan dan peranan masyarakat.

Zulkhairi menambah, aktiviti mengesan dan menahan pengemis giat dilakukan pihaknya dari masa ke semasa dengan kerjasama agensi penguat kuasa lain. – MOHD IMRAN IZZAD