KUANTAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang kini sedang berusaha mengatasi aktiviti mengemis yang dilakukan warga asing di negeri ini.
Oleh itu, operasi mengesan pengemis kini dilakukan dari semasa ke semasa oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat (PKM) daerah dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.
Pengarahnya, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, kebanyakan pengemis warga asing adalah warga Rohingya yang terdiri daripada dewasa dan kanak-kanak.
“Ada antara pengemis pernah ditahan lebih daripada lima kali. Ada yang menjadikan kanak-kanak sebagai sebagai umpan. Jumlah pengemis asing bertambah setiap kali Ramadan,” katanya.
Beliau berkata, siasatan mendapati mereka mampu meraih pendapatan kira-kira RM50 dalam sejam. – MOHD IMRAN IZZAD