Pengorbanan ibu buat anak daranya .

Pengorbanan ibu buat anak daranya .

JERANTUT:  Penderitaan Nor Zulaika Roslan, 23, yang mengalami masalah buah pinggang mengecut tahap lima mendapat perhatian Datin Saadiah Khonopiah iaitu isteri Ahli Parlimen Jerantut. 

Beliau turut kagum dengan semangat ibu gadis itu, Hamiza Abdul Hamid, 48, yang sanggup memberi sebahagian buah pinggangnya untuk masa depan anak daranya ketika menziarahi keluarga itu di Taman Muhibbah.

Hamiza  membuat keputusan itu  bagi membolehkan anak sulungnya itu dapat meneruskan hidup normal selepas mengetahui keadaannya ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, (HoSHAS ), Temerloh, tahun lalu.

Katanya, Nor Zulaika kini terpaksa menggunakan alat khas iaitu memasukkan tiup pada  perut yang digunakan untuk memasukkan air khas empat kali sehari bagi menggantikan  buah pinggangnya yang tidak berfungsi. 

“Ujian kesihatan sudah dijalankan dan saya lulus pemeriksaan yang dilakukan oleh Hospital Selayang yang akan membuat pembedahan pemindahan buah pinggang, pada Ogos depan. Saya tidak sanggup lagi melihat dia menderita,” katanya. 

Nor Zulaika, berkata tiada kata yang dapat diungkap dengan tindakan ibunya itu yang sanggup memberikan memberikan sebelah buah pinggangnya. 

“Tidak dinafikan, ia adalah saat getir yang terpaksa dialami oleh keluarga kami. Tapi, saya reda dengan ujian Allah SWT ini,” katanya. – MUHAMMAD NAJMIE