Pengundi DUN Beserah jangan salah pilih

Pengundi DUN Beserah jangan salah pilih

KUANTAN: “Sedih saya lihat apabila ada jemaah masjid di kampung berhampiran yang menyokong PAS memalingkan muka dan pusing belakang bila nampak Dato’ Mus (Dato’ Indera Mustaffar Kamal Ab Hamid) selepas solat Subuh pagi tadi (semalam).

“Padahal, sama-sama seagama, cuma parti saja berbeza. Kata parti memperjuangkan Islam, tapi adab sebagai orang Islam tidak dijaga. Harap pengundi sedar dan tak salah pilih nanti,” dakwa Mokhtar Harun, 64, dari Taman Balok Jaya 2 dekat sini.

Mokhtar ditemui Fikrah Pahang selepas porgram tayangan filem Mat Kilau di Kem Nemo di Balok, dekat sini, malam tadi.

Menurutnya, kejadian yang dilihatnya sendiri itu membuktikan pilihannya menyokong Barisan Nasional (BN) adalah terbaik dan tepat.

“Bukannya BN tak menyokong Islam, malah dah buat lebih banyak untuk Islam berbanding parti yang mengaku kononnya memperjuangkan Islam, contohnya RUU (Rang Undang-Undang) berkaitan Islam dah berbelas dibawa dan digazetkan di DUN (Dewan Undangan Negeri) sejak lebih 15 tahun lalu,” katanya.

Bagi Khadijah Abdullah, 61, dari Balok Pine, Mustaffar Kamal yang juga calon ditampilkan BN untuk bertanding di DUN Beserah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah pilihan terbaik bagi kawasan berkenaan.

“Dato’ Mus memang dari dulu lagi suka tolong dan bantu di serata DUN Beserah, walaupun dia bukan wakil rakyat dan bukan musim PRU,” katanya. – ZULKEPLI OSMAN