PEKAN: Kecemerlangan memimpin negara oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini menjadi kayu pengukur kepada pengundi muda memilih parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), esok.
Pada usia muda itu mereka sudah boleh menilai sendiri kerajaan mana yang boleh dipercayai seterusnya dapat membela orang Melayu, menjaga Islam dan meningkatkan ekonomi negara.
Bagi Nur Farahaisha Shafira Sabaruddin, 20, dia begitu teruja untuk mengundi dan hanya BN akan dipilih di kerusi Parlimen Pekan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya.
“Saya kenal dengan calon Parlimen Pekan, Dato’ Sri Mohamed Sh Puzi Sh Ali dan calon DUN Peramu Jaya, Dato’ Mohd Nizar Najib,” katanya.
Sementara itu, bagi Muhammad Danial Adha Muhammad Khalil, 18, dia percaya dengan kebolehan pemimpin BN dalam membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa.
“Untuk generasi muda pelbagai kemudahan disediakan kerajaan dalam memastikan masa depan kami terus cemerlang dan berjaya membina kerjaya masing-masing.
“Saya hanya akan memilih parti yang mempunyai rekod baik sebelum ini, bukan parti yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak dapat ditunaikan,” katanya yang akan membuang undi di Sekolah Menengah Agama Al Attas, di sini. – MOHD IMRAN IZZAD