Pengundi Tioman tetap setia sokong BN

Pengundi Tioman tetap setia sokong BN

ROMPIN: Sokongan pengundi pada calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Dato’ Sri Mohd Johari Hussain, tidak pernah pudar sejak beliau mula bergelar wakil rakyat.

Baharudin Ahmad, 49, berkata BN telah banyak menabur bakti kepada rakyat di semua peringkat sejak sekian lama dan dirinya tidak mungkin dia beralih arah.

Baharudin Ahmad

“Kerajaan BN stabil di Pahang sebelum ini, banyak kemudahan dan bantuan disediakan dalam usaha meringankan beban rakyat tanpa mengira bangsa.

“Amat rugi sekiranya kerajaan yang ada tidak dapat dikekalkan, rakyat seharusnya bersyukur dengan apa yang diterima sebaliknya tidak bertindak melawan arus,” katanya yang akan mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Pontian, di sini.

Mohd Khairul Effendi Zakaria

Rakanya, Mohd Khairul Effendi Zakaria, 38 yang menetap di Kampung Sungai Puteri, berkata, BN terbukti mampu membela nasib orang Melayu selain menjaga Islam dan dapat mengekalkan keamanan negara.

“Saya berharap BN dapat terus kekal di DUN Tioman, telah banyak kemajuan dibawa untuk keselesaan rakyat dalam dan luar bandar termasuk Pulau Tioman yang terkenal sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa.

“Bagi pengundi muda mereka tidak seharusnya terpengaruh dengan fenomena semasa, fikir secara bijak sebelum mengundi,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD