KUANTAN: Proses pengundian awal Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Indera Mahkota berjalan lancar selepas dibuka pada 8 pagi, hari ini.
Tinjauan di Markas Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Galing, di sini, mendapati pegawai, anggota PGA dan pasangan masing-masing mula beratur, pada kira-kira 7 pagi.
Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Dato’ Hassan Basri Ahmad Safar adalah antara individu terawal melakukan proses pengundian awal itu.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak, berkata 1,096 pegawai dan anggota bersama pasangan menunaikan tanggungjawab di dua saluran undi di Dewan Tan Sri Makmur, PGA.
“Lebih 30 peratus sudah keluar mengundi pada kira-kira 10 pagi,” katanya ketika ditemui media di sini, hari ini. – NUR HANNAH KHADIJAH