TEMERLOH: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang, di sini, menerima kedatangan sekurang-kurangnya 192,193 pengunjung sepanjang 2022 berbanding 58,006 pada 2021.
Ketua PKGK Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman, berkata jumlah September merekodkan jumlah paling ramai iaitu 26,663 pengunjung diikuti Jun (25,067), Disember (18,976) dan Februari (14,050).
Katanya, daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 182,994 pengunjung adalah terdiri daripada pelancong tempatan manakala 9,199 warga asing.
Katanya, kehadiran pengunjung tidak terjejas walaupun aktiviti menaiki gajah sudah lama tidak diadakan disebabkan faktor keselamatan.
“Selain melihat persembahan gajah di pentas utama, pelancong juga diberi peluang mandi di Sungai Teris bersama anak haiwan,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD